Sun Tze
Dalam menghadapi "peperangan" ini saya banyak mengguna pakai ilmu2 yang telah ditulis oleh pahlawan2 dahulu kala. Antaranya ialah ilmu peperangan yang telah ditulis oleh Sun Tze, pahlawan terbilang china satu masa dahulu. Apa kaitannya peperangan dalam kehidupan kita seharian? Untuk Berjaya, kita sebenarnya perlu berperang dengan beberapa perkara di dalam hidup kita seperti berperang dengan diri sendiri, berperang dengan nafsu, berperang dengan keadaan sekeliling dan sebagainya.Training
Bagi Agent Agent yang baru, ada yang menganggap latihan untuk menjadi agent yang saya berikan adalah agak 'keras' sehingga ada yang tak mampu menghabiskan sesi latihan. Perkara ini bukan sahaja merugikan anda semua, malah ianya juga banyak merugikan saya dari segi masa dan kewangan. Semua agent yang baru masuk bercita-cita besar untuk berjaya. bercita-cita besar untuk hidup mewah dengan memiliki perniagaan sendiri satu hari nanti, memiliki kereta dan rumah yang mewah akan tetapi berapa ramai yang sanggup menghadapi liku-liku kesusahan dan kepayahan untuk berjaya? Tanyalah kepada semua orang yang berjaya di dalam dunia perniagaan. Saya pasti rata-rata akan melahirkan jawapan "Bukan Senang Untuk sampai ke tahap ini!".Saya percaya, kebolehan untuk menjadi agent yang berjaya ini bukanlah dikurniakan atau 'gifted'. Ianya digilap! Oleh yang demikian, sesiapa sahaja boleh digilap untuk menjadi seorang agent yang berjaya. Untuk menjadikan seseorang agent itu berjaya, ianya mengambil sedikit masa bergantung kepada kemahuan, kehendak, kesungguhan dan keupayaan agent tersebut.
Dalam kitab SunTze, pelajaran yang pertama adalah berikut:
Satu hari Maharaja Cina terdengar tentang kehebatan SunTze lalu dimintanya supaya datang menghadap. Maharaja bertanya kepada SunTze,
"Apakah benar dengar awak boleh melatih sesiapa sahaja jadi tentera yang terbaik dan tertaat dalam dunia tanpa kira asal-usul, latar belakang dan pendidikannya?""Benar, Tuanku", dengan pantas dibalas SunTze."Baiklah, ambil gundik-gundik beta. Latih mereka dan buktikan kehebatan awak!"SunTze pun menyuruh semua gundik beratur dikawasan padang sambil diperhati oleh Maharaja dari atas pentas yang tinggi. Namun gundik-gundik itu cukup longlai dan ketawa kecil-kecil kerana menganggap ini semua satu kelucuan.SunTze pun bermula, "Dengar sini! Saya akan ajar awak semua berkawat. Apabila saya kata, 'Cepat jalan!' awak semua hendaklah buat begini.. naikkan tangan kiri serta kaki kanan ke depan serentak dan kemudian tukar sebelah lagi begini", sambil SunTze mendemonstrasikan langkah tersebut.Selepas itu SunTze pun keluarkan perintah, "Cepat Jalan!"
Gundik-gundik pun cuba berjalan sedikit sambil berketawa kecil terhegeh-hegeh, tersipu-sipu dan berterahabuh tidak menurut perintah SunTze dengan sempurnanya.SunTze pun diam dan menyatakan semula, "Nampaknya mungkin awak kurang memahami arahan saya tadi. Sekali lagi dengar sini saya akan tunjukkan". SunTze pun tunjuk sama macam tadi. Lepas itu dia pun keluarkan perintah,
"Cepat jalan!". Sekali lagi gundik-gundik lagi terhegeh-hegeh sambil berjalan dengan cara kegundikan mereka dan sekali lagi tidak bersifat macam tentera yang serius langsung. Maharaja yang duduk di atas pentas makin seronok berketawa bersama-sama para menteri dan pengiringnya.
SunTze pun mengarahkan pengawalnya untuk menarik keluar gundik yang paling cantik dan diminati Maharaja dari ramai-ramai gundik tersebut, lalu di suruh seorang pengawal lain untuk memancung kepalanya!Lepas itu, SunTze pun berkata, "Mungkin tadi arahan saya masih kurang jelas. Sekarang saya akan tunjuk sekali lagi cara untuk berkawat" lalu SunTze menunjukkan bagi kali ketiga langkah-langkahnya."Cepat jalan!" Dengan pantas dan cukup teratur semua gundik pun berkawat tanpa melakukan apa jua kesilapan maupun terhegeh-hegeh macam dulu.
SunTze pun senyum dan menghadap kembali Maharaja, "Wahai Tuanku. Tentera tuanku sudah bersedia untuk pemeriksaan Tuanku!"
Sesiapa sahaja boleh dilatih untuk menjadi tentera. Begitu juga dengan Agent. Sesiapa sahaja boleh dilatih untuk menjadi agent yang berjaya! ( Asalkan agent tersebut berkehendak dan bersungguh-sungguh untuk berjaya )tidak kira apa latar belakang keluarganya, latar belakang pendidikannya dan sebagainya!
Musuh
Untuk memulakan langkah sebagai seorang agent, kenal pasti apakah musuh anda yang paling utama.Sun Tze menasihati, "Apabila jelas siapa musuh, rancang betul-betul secara senyap dan serang mereka dengan muktamad. Walaupun mereka kalah dan minta ampun, pancung atau potong tangan kaki mereka supaya musuh awak lenyap dengan muktamad dan yang lain tak akan berani lawan awak lagi". Itulah yang diamalkan oleh Attila The Hun dari Barat Mongolia menuju Eropah. Tidak cukup orang menyerah. Hendaklah dicincang-cincang dengan dasyat seluruh kampung dan dilepaskan dua tiga survivor balik untuk cerita betapa dasyat dan punahnya untuk melawannya. Dengan itu mudah Attila mara sehingga ke Perancis.
Oleh itu, siapakah musuh utama anda yang hendak dimusnahkan sama sekali sebelum anda mula bergerak laju didalam bidang ini? Ianya bergantung kepada diri masing-masing. Ada agent yang tidak dapat memberikan sepenuh commitment kerana masalah peribadi seperti masalah kewangan, masalah keluarga dan sebagainya. Saya amatlah berharap agar agent agent sekalian dapat mengenal pasti siapakah musuh anda yang utama yang boleh mengganggu perjalanan kerjaya anda, pastikan musuh tersebut benar-benar telah mati sebelum anda memulakan langkah anda. Jika tidak, musuh tersebut akan kembali mengganggu perjalanan kehidupan anda untuk ke puncak kejayaan!
Jika Attila The Hun dari Monggolia boleh mengguna pakai ilmu yang telah ditulis oleh Sun Tze ini sehingga mara ke Perancis, Kita juga boleh mempraktikkannya untuk membantu kita untuk mara kemana sahaja destinasi yang ingin kita tawan! Ayuh! jangan buang masa anda lagi!
1 comment:
aku suka dan tertarik dgn cerita sejarah ni..
'membakar' semangat bro!!
Post a Comment