Biasanya kerana sudah ada di minda kita satu stigma - HIDUP INI PERLU BERJAYA SAHAJA TANPA GAGAL, ataupun TAKUT MENERIMA KEGAGALAN.
Antara faktor lain - terlalu yakin dengan diri sendiri dan lupa bahawa kita ini adalah hamba yang disuruh berusaha - manakala natijah terakhir adalah di bawah kekuasaan ALlah.
Kegagalan Adalah Fitrah
Kenangi semula awal penghidupan sebagai manusia. Budak kecil yang bermula dari tidak tahu apa-apa, tidak pandai berjalan, berlari. Langkah pertamanya adalah dengan bertatih merangkak, semasa ia kenal untuk berjalan ia mencuba bangun perlahan-lahan dan kadang-kadang terduduk sehinggalah ia tidak berputus asa untuk mencuba berkali-kali sehingga boleh berjalan betul dan berlari.
Kita kembali sedikit kepada sirah, RasuluLlah berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam. Tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah. Padahal di peringkat permulaan dakwah baginda hanya terdapat ramai orang-orang miskin dan hamba abdi yang lemah. Tetap juga RasuluLLah meneruskan tugasnya dengan penuh amanah walaupun tahu di hadapannya banyak sekali kesusahan yang bakal diterimanya. Kerana ia tahu ALlah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
Di dalam peperangan sememangnya akan berlaku menang dan kalah. Tetapi kita lihat kepada semangat jihad para pejuang Islam yang ikhlas mereka mengatakan - Samada syahid atau menang. Kekalahan adalah sebagai satu motivasi untuk membangkitkan semangat. Dan hasilnya - Islam itu gemilang sehingga menguasai 2/3 dunia.
Mungkin kita boleh mengambil semangat tokoh bukan Islam seperti Thomas Alva Edison mencuba sehingga 10,000 kali sebelum berjaya menghidupkan lampu dan dia berbangga kerana di dalam percubaan (dibaca kegagalan), beliau berkata : "Aku bukan gagal, tetapi aku telah menjumpai 10,000 sebab yang menjadikan ia tidak menyala!"
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٠٥)
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (105)
Melihat Kegagalan Dari Sudut Positif
Gagal di dalam peperiksaan, gagal di dalam pekerjaan, gagal dalam cinta, gagal dan sebagainya. Ia adalah ujian untuk menunjukkan adakah kita gagal dalam IMAN KEPADA ALLAH?.
Sekali gagal, atau berkali-kali gagal bukanlah menunjukkan kita telah gagal selama-lamanya. Kerana kejayaan itu diukur dengan usaha kita bangun dari kegagalan. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mahu berusaha, yang tidak mampu bangkit dari kekalahan.
ALlahu ALlah... lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Anda tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan di akhirat nanti.
Kata Hamka : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".
Motivasi Dari ALLah :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)
Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha. Hayya 'alal falah!
Monday, December 22, 2008
Sukar untuk menerima kegagalan?
Thursday, December 18, 2008
law of attraction
Berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kejayaan dan kekayaan, maka anda akan menjadi kaya dan berjaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. Jika anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 6 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.
1. Paling penting sekali jagalah hubungan dengan Allah dlm setiap detik kehidupan kita. Solat merupakan perkara yang paling utama perlu diberi perhatian dan istiqamah tanpa kompromi. Ia adalah tiang kepada Agama Islam. Solat menjadi pemangkin kepada kebenaran dan penghalang kepada kemungkaran. ia juga adalah perkara pertama yang akan disoal oleh allah ketika kita dibicarakan di depan Allah selepas kebangkitan di akhirat yang abadi. Kita perlu sujud dan bermunajat kepada Allah lima kali sehari semalam, ditambahbaik dengan amalan2 sunat yang akan menampung carik amalan fardu kita. Insyaallah secara tidak lansung hubungan kita sesama manusia (pelanggan, jiran, saudara mara dll) akan terjaga dan success.
2.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini.
anda kata "aku mahu menjadi usahwan bertaqwa yang berjaya" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak pandai, mana layak..".Jika minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes " gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan adalah akan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"
3. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernyataan ini "aku adalah hamba Allah yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan yang berjaya, aku kini seorang cemerlang" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.
4. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.Tetapi umat islam perlu kaya dengan harta dan taqwa kerana dengannya dapatkan dibangunkan sama mereka yang kurang mantap ekonominya supaya semua dapat merasai kehidupan yang stabil dan tidak meminta-minta. Kita juga perlu menyumbang, bukan sekadar menjadi penerima yang pasif dan jumud.
5. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.Insyaallah dengan kesungguhanku Allah akan menambah rezeki kepadaku. Insyaallah akan kukeluarkan zakat di atas kurniaan Allah."
6.Selalulah membaca buku-buku sejarah Rasulullah, para sahabat, motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Membaca adalah pkok atau inti kepada kejayaan, kerana itulah wahyu yang pertama Allah menyuruh kita mencari ilmu dgn membaca dan mengingati pencipta, iaitu menjadi Muslim yang bersifat mukmin, beramal dengan penuh Istiqamah bersandarkan ilmu yang benar dari sumber yang sahuh dan muktabar.
Berilmu tetapi tidak bertaqwa menjadikan kita tidak bernilai sama sekali di sisi Allah dan diakhirat kita tetap menjadi papa dan diazab oleh Allah kerana keegoan dan keingkaran kita. Jadikan Rasulullah sbg peransang utama untuk berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang beriman dan berjaya. Orang yang engkar tetapi berjaya tidak boleh dijadikan panduan kerana kemungkinan berbagai cara digunakan untuk menjadi kaya dan berjaya. Kemungkinan kekayaannya ialah istidraj Allah unutk terus menyesatkan ia. Apalah guna jika kaya harta tetapi miskin jiwa dan papa iman dan amal serta ego untuk tunduk menyembah Allah.
Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, insyallah anda akan menjadi orang yang berbeza,keimanan, amalan dan ihsan anda juga akan bertambahbaik. Cara berfikir anda juga berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang dengan redha Allah, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik dan usaha yang lebih gigih dapat dijayakan Insyaallah. .
Sunday, December 7, 2008
Sun Tze
Sun Tze
Dalam menghadapi "peperangan" ini saya banyak mengguna pakai ilmu2 yang telah ditulis oleh pahlawan2 dahulu kala. Antaranya ialah ilmu peperangan yang telah ditulis oleh Sun Tze, pahlawan terbilang china satu masa dahulu. Apa kaitannya peperangan dalam kehidupan kita seharian? Untuk Berjaya, kita sebenarnya perlu berperang dengan beberapa perkara di dalam hidup kita seperti berperang dengan diri sendiri, berperang dengan nafsu, berperang dengan keadaan sekeliling dan sebagainya.Training
Bagi Agent Agent yang baru, ada yang menganggap latihan untuk menjadi agent yang saya berikan adalah agak 'keras' sehingga ada yang tak mampu menghabiskan sesi latihan. Perkara ini bukan sahaja merugikan anda semua, malah ianya juga banyak merugikan saya dari segi masa dan kewangan. Semua agent yang baru masuk bercita-cita besar untuk berjaya. bercita-cita besar untuk hidup mewah dengan memiliki perniagaan sendiri satu hari nanti, memiliki kereta dan rumah yang mewah akan tetapi berapa ramai yang sanggup menghadapi liku-liku kesusahan dan kepayahan untuk berjaya? Tanyalah kepada semua orang yang berjaya di dalam dunia perniagaan. Saya pasti rata-rata akan melahirkan jawapan "Bukan Senang Untuk sampai ke tahap ini!".Saya percaya, kebolehan untuk menjadi agent yang berjaya ini bukanlah dikurniakan atau 'gifted'. Ianya digilap! Oleh yang demikian, sesiapa sahaja boleh digilap untuk menjadi seorang agent yang berjaya. Untuk menjadikan seseorang agent itu berjaya, ianya mengambil sedikit masa bergantung kepada kemahuan, kehendak, kesungguhan dan keupayaan agent tersebut.
Dalam kitab SunTze, pelajaran yang pertama adalah berikut:
Satu hari Maharaja Cina terdengar tentang kehebatan SunTze lalu dimintanya supaya datang menghadap. Maharaja bertanya kepada SunTze,
"Apakah benar dengar awak boleh melatih sesiapa sahaja jadi tentera yang terbaik dan tertaat dalam dunia tanpa kira asal-usul, latar belakang dan pendidikannya?""Benar, Tuanku", dengan pantas dibalas SunTze."Baiklah, ambil gundik-gundik beta. Latih mereka dan buktikan kehebatan awak!"SunTze pun menyuruh semua gundik beratur dikawasan padang sambil diperhati oleh Maharaja dari atas pentas yang tinggi. Namun gundik-gundik itu cukup longlai dan ketawa kecil-kecil kerana menganggap ini semua satu kelucuan.SunTze pun bermula, "Dengar sini! Saya akan ajar awak semua berkawat. Apabila saya kata, 'Cepat jalan!' awak semua hendaklah buat begini.. naikkan tangan kiri serta kaki kanan ke depan serentak dan kemudian tukar sebelah lagi begini", sambil SunTze mendemonstrasikan langkah tersebut.Selepas itu SunTze pun keluarkan perintah, "Cepat Jalan!"
Gundik-gundik pun cuba berjalan sedikit sambil berketawa kecil terhegeh-hegeh, tersipu-sipu dan berterahabuh tidak menurut perintah SunTze dengan sempurnanya.SunTze pun diam dan menyatakan semula, "Nampaknya mungkin awak kurang memahami arahan saya tadi. Sekali lagi dengar sini saya akan tunjukkan". SunTze pun tunjuk sama macam tadi. Lepas itu dia pun keluarkan perintah,
"Cepat jalan!". Sekali lagi gundik-gundik lagi terhegeh-hegeh sambil berjalan dengan cara kegundikan mereka dan sekali lagi tidak bersifat macam tentera yang serius langsung. Maharaja yang duduk di atas pentas makin seronok berketawa bersama-sama para menteri dan pengiringnya.
SunTze pun mengarahkan pengawalnya untuk menarik keluar gundik yang paling cantik dan diminati Maharaja dari ramai-ramai gundik tersebut, lalu di suruh seorang pengawal lain untuk memancung kepalanya!Lepas itu, SunTze pun berkata, "Mungkin tadi arahan saya masih kurang jelas. Sekarang saya akan tunjuk sekali lagi cara untuk berkawat" lalu SunTze menunjukkan bagi kali ketiga langkah-langkahnya."Cepat jalan!" Dengan pantas dan cukup teratur semua gundik pun berkawat tanpa melakukan apa jua kesilapan maupun terhegeh-hegeh macam dulu.
SunTze pun senyum dan menghadap kembali Maharaja, "Wahai Tuanku. Tentera tuanku sudah bersedia untuk pemeriksaan Tuanku!"
Sesiapa sahaja boleh dilatih untuk menjadi tentera. Begitu juga dengan Agent. Sesiapa sahaja boleh dilatih untuk menjadi agent yang berjaya! ( Asalkan agent tersebut berkehendak dan bersungguh-sungguh untuk berjaya )tidak kira apa latar belakang keluarganya, latar belakang pendidikannya dan sebagainya!
Musuh
Untuk memulakan langkah sebagai seorang agent, kenal pasti apakah musuh anda yang paling utama.Sun Tze menasihati, "Apabila jelas siapa musuh, rancang betul-betul secara senyap dan serang mereka dengan muktamad. Walaupun mereka kalah dan minta ampun, pancung atau potong tangan kaki mereka supaya musuh awak lenyap dengan muktamad dan yang lain tak akan berani lawan awak lagi". Itulah yang diamalkan oleh Attila The Hun dari Barat Mongolia menuju Eropah. Tidak cukup orang menyerah. Hendaklah dicincang-cincang dengan dasyat seluruh kampung dan dilepaskan dua tiga survivor balik untuk cerita betapa dasyat dan punahnya untuk melawannya. Dengan itu mudah Attila mara sehingga ke Perancis.
Oleh itu, siapakah musuh utama anda yang hendak dimusnahkan sama sekali sebelum anda mula bergerak laju didalam bidang ini? Ianya bergantung kepada diri masing-masing. Ada agent yang tidak dapat memberikan sepenuh commitment kerana masalah peribadi seperti masalah kewangan, masalah keluarga dan sebagainya. Saya amatlah berharap agar agent agent sekalian dapat mengenal pasti siapakah musuh anda yang utama yang boleh mengganggu perjalanan kerjaya anda, pastikan musuh tersebut benar-benar telah mati sebelum anda memulakan langkah anda. Jika tidak, musuh tersebut akan kembali mengganggu perjalanan kehidupan anda untuk ke puncak kejayaan!
Jika Attila The Hun dari Monggolia boleh mengguna pakai ilmu yang telah ditulis oleh Sun Tze ini sehingga mara ke Perancis, Kita juga boleh mempraktikkannya untuk membantu kita untuk mara kemana sahaja destinasi yang ingin kita tawan! Ayuh! jangan buang masa anda lagi!
Perang Dan Catur

Peperangan dan Permainan Catur mempunyai banyak persamaan. Untuk Menang Di dalam satu-satu peperangan, kita terpaksa korbankan beberapa batalion tentera, untuk menumpaskan maharaja musuh. Ini terpaksa dilakukan dengan menghantar panglima perang yang terbaik kita ada bagi menumpaskan serangan atau menyerang pihak musuh. Jika panglima perang yang dihantar ini berjaya dan pulang dengan selamat, kita masih berpeluang menyerang atau bertahan. akan tetapi jika panglima perang yang dihantar terkorban sebelum sempat kita menewaskan maharaja musuh, maka kita terpaksa menghantar panglima kedua atau berundur untuk mengelakkan kekalahan. Untuk Menang didalam peperangan, kita tidak boleh bertahan terlalu lama. Kita terpaksa terus menyerang untuk menang. Ini terpaksa dilakukan dengan menghantar seberapa banyak panglima perang yang terbaik yang ada dan seberapa banyak tentera yang ada. sudah tentu ada yang akan terkorban didalam misi ini tidak kira tentera biasa yang berpangkat rendah atau panglima perang yang terbaik yang amat kita sayangi. Begitu juga dengan permainan catur. kita tidak akan menang jika kita hanya bertahan dan 'sayang' untuk mengorbankan panglima-panglima yang kita ada. sebaik-baiknya kita gunakan dan korbankan seberapa banyak panglima yang boleh untuk membunuh raja musuh atau 'check mate' ! Didalam kehidupan kita seharian juga begitu. Kita terpaksa korbankan sesuatu walaupun benda yang paling kita sayang bagi mendapatkan sesuatu yang lebih penting atau bermakna di dalam hidup kita. Kita tidak akan dapat memiliki kesemua benda didalam satu-satu masa. Pengorbanan yang dilakukan ini hanya bersifat sementara manakala kejayaan yang akan dikecapi ini akan berkekalan insyaAllah.